Sabtu, 16 Februari 2013

cita cita mesti di kejar..

walaupun banyak dugaan yang harus kami tempuh untuk menjalankan perniagaan kecilan kami ini...tapi aku dan dia tidak pernah berputus asa walaupun sekali..aku akan teruskan semua ni..tak kan aku nak berhenti ditegah jalankan..ini untuk tampung pembelajaan kami seba sedikit sepanjang kiteorang belajar lagi..dan aku akan teruskan selagi aku ada dia dan dia beri sekongan pada aku...

Selasa, 5 Februari 2013

permulaan yang baik

assalamualaikum..

hari ni bermulanya perniagaan kecil kecilan aku sejak sebulan tak berniaga. alhamdullilah semua berjalan dengan lancar dan rezeki hari ini juga baik. terima kasih buat yang tersayang kerana bersusah payah bawa kesana kemari dan sokong aku dari belakang. permulaan yang baik dan amat menyeronokkan. aku harap rezeki aku akan tetap berterusan dan tidak putus kerana duit itu untuk aku menampung tika berjauhan dengan keluarga.serba sedikit dapat meringankan beban parents aku. aku tahu bukan senang nak cari duit pada zaman ini. semua barang mahal dan dengan keadaan kesihatan  kedua ibu bapa aku tidak menentu membuatkan aku menjadi lebih dewasa untuk lebih berdikari di atas kaki sendiri. aku bersyukur kerana ditemukan dengan seorang insan yang bernama lelaki yang sangat memahami dengan keadaan aku dan sentiasa menyokong dalam apa jua aku lakukan. selain itu, aku berniaga ni atas niat diri aku sendiri dan minat aku dalam perniagaan. kerana masa zaman sekolah dulu aku diajar cara berniaga dan kebetulan pula berniaga adalah salah satu hobi aku dan hobi ini adalah sama dengan kekasih hati ku. dia seorang perniaga kecil kecilan juga. kami berniaga ini sebab sahaja untuk mengisi masa lapang supaya tidak bosan.S belajar berniaga dari mak dia dan sekarang dia masih berniaga dikedai mak dia.aku gagup dengan mak dia kerana sesibuk mana pun beliau dalam menguruskan rumah tangga dan anak anak tapi ada masa untuk berniaga pada pagi sampai petang. aku kadang kadang tolong S berniaga. oleh sebab aku minat aku tak rasa pun penat atau apa pun walau dalam keadaan hujan mahupun panas.dari situ aku lebih bersemangat untuk teruskan hobi aku. banyak pengajaran dan faedah yang aku dapat dengan hobi aku ni.


                                                                             - sheracinta-